GUESS, Legasi Empat Beradik

by 11:25 PM 0 comments
Hijrah empat adik beradik dari Marseilles, Perancis ke California, Amerika Syarikat ternyata tidak sia-sia. Perpindahan Georges, Armand, Paul dan Maurice Marciano 1977 menjadi titik mula kegemilangan GUESS. Setelah empat tahun berhijrah ke bumi Amerika, empat adik beradik ini melancarkan jenama mereka sendiri, dikenali sehingga hari ini dengan nama GUESS. Keluarga Nakash, iaitu pemilik empayar denim terkenal pada masa itu, Jordanche menjadi penyumbang dana permulaan untuk empat adik beradik ini memulakan perniagaan. Namun rekaan debut mereka, iaitu seluar denim yang dinamakan Marilyn mendapat kritikan daripada stor beli-belah dan juga pengkritik fesyen. Pada penghujung 1981 Bloomingdale bersetuju memasarkan denim GUESS dan ia laris dibeli sekelip mata.

Pada era 80-an himpunan denim GUESS mencipta fenomena tersendiri. Himpunan denim untuk lelaki dilancarkan pada 1983, dan koleksi jam tangan dilancarkan setahun kemudian (Guess, Guess Steel dan Guess Collection). Pada tahun yang sama Baby Guess turut dilancarkan.

PUKAUAN IKLAN.

Selepas setahun dilancarkan, Guess mula yakin melaburkan wang untuk melancarkan kempen himpunan mereka. Pada 1985 Guess melancarkan iklan ikonik mereka, iaitu iklan hitam putih. Antara wajah-wajah yang pernah menghiasi iklan Guess ialah supermodel tersohor Claudia Schiffer, Naomi Camphell dan aktres Anne Nicole Smith. Iklan-iklan Guess tidak hanya popular atas tiket wajah kempen tersebut, namun kerana kualiti dan kreativiti juga. Jika tidak masaknn iklan-iklan mereka meraih pelbagai anugerah di Clio Awards.

JATUH  & BANGKIT SEMULA

Selepas sedekad mencipta kegemilangan, Guess mengalami kejatuhan sedikit. Di awal 90-an, kedudukan Guess tergugat dengan kebangkitan jenama-jenama 'high-street' Amerika yang lain seperti CK Jeans, Diesel, Tommy Hilfiger dan Gap.

Di awal tahun 2000 Guess tampil dengan wajah lebih segar. Gaya himpunan Guess mengalami sedikit transformasi. Rekaannya lebih segar, seiring dengan perubahan cita rasa fesyen muda-mudi. Rekaan dan potongan helaian Guess disuntik dengan unsur glamour, tidak lagi terlalu santai seperti dulu. Keputusan Guess 'meminang' pewaris hotel terkenal, Paris hilton dilihat sebagai keputusan tepat, apabila kehadirannya di dalam kempen Guess melonjakkan kembali populariti Guess.

Pada musim panas 2004, Guess melancarkan rangkaian Guess by Marciano. Ini adalah kesinambungan himpunan Guess naman dalam gaya yang lebih stylish, seksi, sofistikated dan anggun. Himpunan ini merangkumi busana dan aksesori seperti gaun malam dan denim yang lebih fancy.

Pada tahun 2007 pula Guess memperkenalkan G by Guess, iaitu himpunan yang dijual pada harga mampu milik, setanding dengan harga-harga yang ditawarkan oleh jenama-jenama 'high-street' lain.











Sumber : Majalah EH!

naz

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.