Sunday, June 26, 2011

Cara memakai Dress Labuh

Bagaimana untuk memakai dress labuh? Soalan ini agak mudah di jawab tetapi ia tidak mudah. Mengetahui bagaimana untuk berpakaian dengan betul mengikut keinginan anda semasa hendak keluar. Terdapat beberapa tips penting untuk anda ketahui apabila anda ingin memakai  dress labuh. Tips ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk memakainya dan mendapatkan hasil yang anda inginkan.

Tips yang pertama adalah anda harus mencari dress labuh yang sesuai dengan warna kulit anda. Warna sangat penting untuk pemilihan dress labuh  kerana anda harus memilih mengikut ton kulit anda.

Tips kedua pula adalah memakai dress labuh dengan kasut yang sesuai mengikut ketinggian anda. Sekiranya anda seorang yang tinggi elakkan dari memakai wedges dan kasut tumit tinggi. Tetapi bagi mereka yang rendah anda harus memakai wedges atau pun kasut tumit tinggi untuk menampakkan diri anda tinggi.

Tips ketiga pula adalah berkaitang dengan corak pada dress labuh. Pemilihan corak pada dress labuh amat penting kerana corak dapat memberi kesan kepada bentuk badan seseorang. Bagi mereka yang berbadan kecil anda harus memilih corak yang besar untuk menampakkan diri anda tidak terlalu kecil. Bagi mereka yang berbadan besar haruslah memilih corak yang kecil untuk menampakkan diri anda kecil.

Untuk memahami lebih lanjut sila tonton video di bawah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Facebook!