Friday, June 24, 2011

Cara memilih Dress Labuh...

Pakaian boleh menggambarkan penampilan seseorang. Dalam kehidupan seorang wanita selalu ada beberapa jenis pakaian yang penting mengikut kesesuian. Antara beberapa jenis pakaian penting bagi wanita adalah dress labuh. Mengapa anda harus ada dress labuh? Dress labuh merupakan salah satu trend fesyen bagi wanita masa kini. Berpenampilan dengan gaya kemas dan moden dress labuh kini sesuai dipakai ke majlis-majlis formal seperti majlis perkahwinan, majlis tahunan dan majlis pembukaan.
Terima kasih kepada pereka fesyen dress labuh kerana wanita lebih berseri dan cantik dengan mengenakan dress labuh. Mungkin di dalam almari pakaian anda mempunyai banyak dress labuh, anda boleh memakai yang mana anda suka tetapi tidak tahu mana yang bersesuaian. Terdapat beberapa tip yang perlu anda tahu sebelum memilih dress labuh anda. Perkara pertama yang penting adalah memilih fabrik yang bagus dan selesa untuk dipakai. Perlu juga diingatkan bahawa fabrik merupakan asas bagi pakaian. Kualiti fabric juga memainkan peranan bagi dress labuh. Jika anda memilih fabrik yang kurang kualiti anda akan merasa tidak selesa semasa memakainya. Sekiranya anda tidak selesa dengan pakaian anda, bagaimana anda dapat menikmati majlis tersebut? Sila tonton video di bawah ini untuk penerangan yang lebih detail dari pakar fesyen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Facebook!